Friday, September 11, 2009

Mana bapak Menteri Jerowacik yang kurang ajar itu?

















Oleh PukulKeliling.blogspot.com

Indonesia bikin onar lagi! Kerana isu tarian Pendet, segelintir rakyatnya bertindak kebudak-budakan.

Lantas Malaysia dihamun, dituduh maling (pencuri), Jalur Gemilang di bakar pada Hari Kemerdekaan Malaysia, sudah ada pendekar yang berlatih untuk menyerang kita, malah ada yang membuat sekatan jalan raya kononnya mahu mengesan rakyat kita untuk 'disapu' keluar.

Tidakkkah kita merasa ngeri melihat gambar kelompok yang cetek fikiran itu membawa buluh runcing dan dengan bangga mengusung kain pemidang : 'Maaf Jalan Anda Terganggu, Sweeping Orang Malaysia'.

Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, kedua-duanya bersikap matang. Hubungan abang adik dijadikan panduan.

Menyusul selepas itu, komentar yang mengatakan ia hanya perbuatan segelintir pihak saya. Mereka ini kononnya menerima fakta yang diselewengkan.

Oh! semudah itu kita harus menerima?

Kita susuri kronologi isu ini. Permulannya, Discovery Channel menyiarkan promo mengenai siri dokumentari bertajuk Enigmatic Malaysia.

Dokumentari itu diterbitkan oleh Kumpulan KRU. Namun pengiklanan itu diuruskan oleh Discovery Channel yang berpangkalan di Singapura.

Iklan 30 saat itu menampilkan sekilas Tarian Pendet, iaitu sejenis tarian berasal dari Bali. Malaysia yang sebelum ini pernah dilabel pencurioleh Indnesia sekali lagi dilanyak tanpa belas ehsan.

Paling 'melucukan', ialah sikap melompat Menteri Pelancongan Indonesia, Jero Wacik menyatakan akan menyaman Malaysia kerana menggunakan Tarian Pendet di dalam promosi pelancongan.

Menurut Jero Wacik, Indonesia merupakan negara yang kaya dengan kebudayaan, oleh sebab itulah Malaysia yang miskin kebudayaan sering mencuri daripada Indonesia.

Sikap melulu Jero Wacik ini juga turut menjadi pencetus kepada sentimen Ganyang Malaysia versi 2009. Jika yang cerdik dan berpengaruh juga menghentam Malaysia, si buta kebenaran dan dangkal fikiran apatahlagi.

Jadi, di mana bapak menteri yang kurang ajar itu? Cukupkah sekadar permohonan maaf? Atau lebih afdal jika dia meletak jawatan.


UNDUR Jero Wacik !!!
UNDUR Jero Wacik !!!
UNDUR Jero Wacik !!!

No comments:

Post a Comment