Wednesday, September 16, 2009

Ramainya pembela Dr. Mahathir...















Caption: Tun Dr. Mahathir sewaktu era susah dedulu.....

Oleh PukulKeliling.blogspot.com

pukul.keliling@yahoo.com


Timbalan Ketua Bahagian MIC Paya Besar, M. Sukumaran akhirnya berjaya diheret 'ke muka pengadilan'.


Beliau mengaku salah kerana mencadangkan potret Tun. Dr. Mahathir Mohamad diberi kalungan selipar pada perhimpunan parti yang semakin dijauhi kaum India itu Sabtu lalu.


Itupun selepas seberapa ramai pemimpin UMNO bangkit bersuara dengan pelbagai kenyataan garang.

Kurang ajar, biadap, melampau!!!

Begitulah gegak gempitanya mereka apabila Dr. Mahathir 'dibelasah' oleh Sukumaran.


Wah wah...bagi mereka, Dr. Mahathir tidak boleh dihina, tidak boleh diusik dan diperlekehkan.

Kononnya merekalah yang berada di barisan depan mempertahankan negarawan ulung itu.

"Dr. Mahathir negarawan paling berjasa, bukan sahaja kepada orang Melayu bahkan orang India dan Cina" begitulah lebih kurang bunyinya pembelaan mereka.


Kasihnya mereka kepada Dr. Mahathir bukan alang kepalang.

TAPI...dua tiga tahun lalu, puak-puak yang kononnya sayangkan sangat Dr. Mahthir langsung tak berbunyi bila beliau 'dihina'.


Pada zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi, nasib Dr. Mahathir bukannya rahsia.

Ramai yang takut nak jemput dia ke majlis-majlis, malah mediapun berhati hati bila nak 'publishkan' berita mengenai Dr. Mahathir.


Mungkin kalau cadangan nak kalungkan selipar pada potret Dr. Mahathir dibuat dua tiga tahun lalu, tiada siapapun nak bising-bising.


Kalau adapun, mungkin Datuk Ibrahim Ali sahaja kot yang akan 'melalak'.

p/s: Sepatutnya wartawan dapatkan komen Datuk Nazri Aziz mengenai isu penghinaan kepada Dr. Mahathir....apa kata chief ya?

Friday, September 11, 2009

DAP makin melebarkan pengaruh!!!















Oleh PukulKeliling.blogspot.com
pukulkeliling@yahoo.com

Pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke- 12...

Sewaktu parti-parti Melayu, iaitu UMNO, PAS dan parti Melayu liberal, Parti Keadilan Rakyat (PKR), bercakaran, DAP, sebuah parti Cina dalam diam-diam berusaha keras untuk mengukuhkan kuasa.

Bagi mana-mana parti politik, pengundi adalah penentu hidup dan mati mereka. Dan kerana menyedari peluang yang perlu direbut sewaktu Melayu bercakaran sesama sendiri, DAP membuat satu tindakan yang paling bijak!

Perangkaan terbaru Suruhanjaya Pilihan Rakyat mengesahkan DAP adalah parti yang paling aktif membantu pihaknya mendaftarkan pengundi baru yang melepasi umur 21 tahun sejak PRU 12.

Urutan keaktifan seterusnya ialah PAS, UMNO, PKR mankala yang paling lembap ialah MIC dan Gerakan (komponen BN yang memang lemah).

Menurut SPR, urusan pedaftaran itu dilakukan oleh Penolong Pendaftar Sementara (PPS) yang diberi kuasa secara sah.

Pada masa ini, setiap parti boleh memiliki seorang PPS dalam satu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), namun sudah ada cadangan untuk menambahnya kepada tiga hingga lima orang.
Untuk makluman, setiap tahun terdapat 400,000 orang yang mencapai umur 21 tahun.

Pengundi muda pula bukannya rahsia lagi citarasa mereka, lebih separuh mempunyai selera membangkang.

PPS daripada DAP dilaporkan mengatasi parti-parti lain di Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Melaka.

Lebih menarik, PPS ini sebenarnya dibayar RM1 bagi setiap pendaftaran pengundi yang berjaya dilakukan.

Kalau dikira-kira, jika PPS DAP ini telah berjaya mendaftarkan 100,000 pengundi baru, ini bermakna SPR telah membayar RM100,000 untuk mereka.

Bijak bukan, duit dapat, pengundi pun dapat, kuasapun bakal dapat, akhir sekali Malaysiapun mereka boleh DAPAT!

UMNO, PAS, PKR nak tengok saja ker?


Mana bapak Menteri Jerowacik yang kurang ajar itu?

















Oleh PukulKeliling.blogspot.com

Indonesia bikin onar lagi! Kerana isu tarian Pendet, segelintir rakyatnya bertindak kebudak-budakan.

Lantas Malaysia dihamun, dituduh maling (pencuri), Jalur Gemilang di bakar pada Hari Kemerdekaan Malaysia, sudah ada pendekar yang berlatih untuk menyerang kita, malah ada yang membuat sekatan jalan raya kononnya mahu mengesan rakyat kita untuk 'disapu' keluar.

Tidakkkah kita merasa ngeri melihat gambar kelompok yang cetek fikiran itu membawa buluh runcing dan dengan bangga mengusung kain pemidang : 'Maaf Jalan Anda Terganggu, Sweeping Orang Malaysia'.

Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, kedua-duanya bersikap matang. Hubungan abang adik dijadikan panduan.

Menyusul selepas itu, komentar yang mengatakan ia hanya perbuatan segelintir pihak saya. Mereka ini kononnya menerima fakta yang diselewengkan.

Oh! semudah itu kita harus menerima?

Kita susuri kronologi isu ini. Permulannya, Discovery Channel menyiarkan promo mengenai siri dokumentari bertajuk Enigmatic Malaysia.

Dokumentari itu diterbitkan oleh Kumpulan KRU. Namun pengiklanan itu diuruskan oleh Discovery Channel yang berpangkalan di Singapura.

Iklan 30 saat itu menampilkan sekilas Tarian Pendet, iaitu sejenis tarian berasal dari Bali. Malaysia yang sebelum ini pernah dilabel pencurioleh Indnesia sekali lagi dilanyak tanpa belas ehsan.

Paling 'melucukan', ialah sikap melompat Menteri Pelancongan Indonesia, Jero Wacik menyatakan akan menyaman Malaysia kerana menggunakan Tarian Pendet di dalam promosi pelancongan.

Menurut Jero Wacik, Indonesia merupakan negara yang kaya dengan kebudayaan, oleh sebab itulah Malaysia yang miskin kebudayaan sering mencuri daripada Indonesia.

Sikap melulu Jero Wacik ini juga turut menjadi pencetus kepada sentimen Ganyang Malaysia versi 2009. Jika yang cerdik dan berpengaruh juga menghentam Malaysia, si buta kebenaran dan dangkal fikiran apatahlagi.

Jadi, di mana bapak menteri yang kurang ajar itu? Cukupkah sekadar permohonan maaf? Atau lebih afdal jika dia meletak jawatan.


UNDUR Jero Wacik !!!
UNDUR Jero Wacik !!!
UNDUR Jero Wacik !!!